Showing posts with label 11022011. Show all posts
Showing posts with label 11022011. Show all posts

Friday, September 9, 2011

yang anda patut tahu..

ada beberapa perkara ayang terjadi during malam akad nikah. diantaranya:

1) mama telah lupa untuk memanggil nima untuk duduk di pelamin sewaktu upacara akad nikah. time tu nima dah dekat dalam bilik sedang menunggu untuk dipanggil turun. nasib baik mak ngah tanya mana nima..kalau tak alamatnya nima duduk jela kat atas.

2) nima sepatutnya duduk di atas pelamin ketika majlis akad nikah sedang dijalankan. tetapi tak jadi sebab laluan ke pelamin dah penuh dengan tetamu dan akibatnya nima duduk di atas bantal besar harian je yang ada berdekatan.

3) time nak turun from bilik, nima dah pakai kasut siap-siap. tapi sampai je kat bawah, mama suruh buka kasut. so, nima bukak kasut and dibiarkan di tepi tangga.

4) nima plan nak pakai kasut shocking pink, tapi last minute tukar pakai kasut lace sebab bunga tangan bukan colour shocking pink as requested.



5) time nima nak duduk dekat bantal sebelah mama time akad nikah, mama dengan tak sengaja memukul punggung nima sebab nima tak pakai socks!

6) ramai tetamu yang hadir, sampai ada yang kata, macam dah kenduri  je nie..hehe..alhamdullilah ;)

7) sepatutnya ada bunga telur yang hendak diberikan kepada tetamu, tapi disebabkan ramai, mama terus tak bagi sebab takut tak cukup.

tu je rasanya ;)

Thursday, September 8, 2011

detik dia lafazkan "aku terima nikahnya"

continue..

selepas azan isyak berkumandang, tetamu dekat rumah dah ramai! dari luar sampai ke dapur.. alhamdullilah. dekat atas pun dah penuh dengan rakan-rakan. nima dah tak boleh pegang handphone, minta tolong najwa yang jawabkan telefon. hubby to be time tu pun minta kakaknya untuk menelefon.. sedang takut agaknya untuk menghafal nama nima. nama nima susah jugak untuk disebut dengan laju.


kak tie call my handphone dan tanya boleh ke mereka datang sekarang dan tiba-tiba mereka sudah sampai di depan khemah di hujung jalan bersama hantaran. degup semakin kencang. tinggal beberapa minit saja lagi nima akan bergelar isteri.

nima masih berada di bilik ketika rombongan pihak lelaki tiba. bersiap sedia untuk turun ke bawah, menunggu untuk dipanggil. plan asalnya nima akan duduk bersemayam di atas pelamin, tetapi nampaknya tidak kesampaian bila semua ruangan sudah dipenuhi tetamu yang hadir. laluan untuk ke pelamin pun sudah tidak nampak bayangnya. kesudahannya, nima terpaksa duduk di atas bantal sahaja.


dari jauh, nima menjeling ke arah hubby to be, gementar nampaknya. dia juga menjeling ke arah nima. mencari kekuatan agaknya. dalam hati, nima berdoa agar dipermudahkan segalanya.

tok imam pun sudah tiba bersama saksi-saksi.detik itu makin hampir. tok imam memulakan tugas. khutbah nikah di bacakan. ringkas dan padat. tok imam buat lawak sikit untuk hilangkan gemuruh pengantin. muka hubby to be time tu memang dah pucat habis. *lawak je* hanya senyuman hambar je yang mampu hubby to be ukirkan.



wali nima, ayahanda tercinta menggengam erat tangan hubby to be, saatnya telah tiba. mic telah dipasang. bukan pertama kali ayah hendak melepaskan anakanda nya, tapi nima adalah anak perempuan terakhir yang dia terpaksa  lepaskan. tiba-tiba rasa hiba. selepas ini, selepas akad nikah ini, automatik segala tanggungjawab telah beralih kepada suami.

dengan lancar, ayah melafazkan akad nikah.
"aku nikahkan dikau dengan anakku, SHAHRINIMA BINTI MOHD SHARIFUDDIN dengan mas kahwinnya xxx tunai "
akad disambut dengan genggaman oleh hubby to be
"aku terima nikah SHAHRINIMA MOHD SHARIFUDDIN dengan mas kahwinnya xxx tunai:

alhamdullilah dengan sekali lafaz nima telah menjadi milik FAIZUL AKMAR TAJUL AROF. Doa dibaca dan diikuti dengan lafaz taklik. lafaz taklik haruslah didengar dan difahami terutamanya oleh pengantin perempuan kerana ianya merupakan perlindungan untuk pengantin perempuan daripada dianiaya oleh suami sendiri. time nie baru nampak hubby tersenyum lebar..



selepas selesai lafaz taklik dibaca, en hubby menunaikan solat sunat dua rakaat. selepas selesai solat, acara membatalkan air sembahyang. gelang disarungkan ke tangan nima dan sebentuk cincin disarungkan ke tangan en. hubby.




selepas selesai upacara membatalkan air sembahyang, jamuan dihidangkan. kakak nima serta abg ipar tumpang sekali untuk mengadakan akikah untuk anak mereka, muhammad amsyar. berjumpa dengan tetamu yang hadir dan mengucapkan jutaan terima kasih kerna sudi hadir ke majlis pernikahan ini. seronok berjumpa dengan semua orang sampai makan pun tak lalu.



semua tetamu dijemput hadir untuk memeriahkan majlis berinai. hampir semua tetamu sempat menepung tawar kami. thank you so much! ;) nima sangat happy.



semua orang dah balik, baru lah nima dan en hubby dapat makan. kitaorang ambil gambar kat dalam bilik pengantin dan kawan baik en hubby datang untuk menjemput en hubby pulang.

besok kita jumpa lagi ye en hubby...


Wednesday, September 7, 2011

coret di hari pernikahan

continue..

jumaat, 11022011, hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. hari pernikahan ku! majlis pernikahan telah dijadualkan untuk berlangsung selepas isyak.

pagi-pagi, mama sudah sibuk di dapur. masak pulut kuning katanya untuk tetamu yang datang. terima kasih mama. jiran-jiran pun sudah mula menjengah memeriahkan rumah di pagi hari. ada yang menolong mencucuk bungga mangga. mak ngah sekeluarga juga sudah datang untuk membantu apa yang patut.  pada hari ini, nima sudah tidak dibenarkan untuk keluar rumah untuk ke mana-mana. hanya duduk terperap di dalam rumah. basuh pinggan pun tak boleh, dikhuatiri inai akan pudar. *nima yang menurut perintah*

hantaran sudah diatur cantik di tengah rumah. jam menunjukkan pukul 11 pagi, tetapi khemah masih belum di pasang. janjinya pagi. mama dan ayah sudah mula tak keruan. nima called noriah, PIC for aroma catering nak tanya status. akhirnya pukul 12 tengahari mereka pun sampai. di kala nak menunggu khemah dipasang, nima sempat juga membuat kerja ofis! can u imagine? i still with my laptop doing my work! padahal dah cuti, tapi takde person in charge untuk buat that work. ish! *sepatutnya dapat award nie*

sewaktu khemah hendak di pasang, semua kereta jiran yang terdapat di lorong rumah kena dialihkan. so sorry sebab susahkan. jam menunjukkan pukul 1 petang, kesemua pekerja berhenti daripada memasang khemah untuk pergi menunaikan solat jumaat. total khemah yang hendak dipasang adalah sebanyak 10 khemah. 9 khemah arabian dan 1 khemah kecil untuk diletakkan di tepi perkarangan rumah untuk tetamu duduk-duduk lepak. around 3 petang, kesemua pekerja kembali bekerja. khemah didirikan dan underlayer dipasang. underlayer arabian  berwarna cream dan putih menjadi pilihan. simple yet suci. table runner berwarna peach mengikut tema baju pengantin untuk persandingan dihamparkan. satu lorong dipenuhi khemah. berdebar bukan main lagi. kesemua kerusi meja untuk kesembilan khemah telah diatur awal untuk menggelakkan kekalutan pada malam hari dan keesokan harinya. pelamin untuk bersanding juga di bawah khemah bersama meja makan beradab.

khemah di malam hari

jam menunjukkan pukul 6 petang, mama dah suruh nima makan sikit, sebab takut lapar time akad nikah nanti. makan dah tak lalu dah time tu. just jamah sikit. lepas makan, ayah panggil nima duduk kat meja makan dengan dia. ayah pesan suruh baca ayat kursi dan 3 qul untuk mengelakkan sihir dan dari perkara yang tak elok. terkejut dengan pesanan ayah, nima ikutkan. selepas itu, mandi siap-siap dan mencari baju yang sesuai time make up.

*tips: pakai baju butang di depan bagi memudahkan proses menukar pakaian.
*tips: sediakan bantal dan hendaklah duduk di bawah cahaya yang baik
*tips: ambil air sembahyang awal-awal untuk menggelakkan kesukaran ketika sedang make up

the first family to arrive adalah uda dan family. diorang tolong-tolong last minute preparation. time tu, kek hantaran dan buah baru diletakkan di atas dulang. kek hantaran diberi percuma oleh pihak aroma catering. jurukamera dan juruvideo pun dah sampai untuk mula bekerja.

kak diana arrive dalam pukul 645 petang. dah risau actually sebab takut tak sempat. but being professional dia dah tau estimated time.kak diana start menconteng muka dan nima just berehatkan diri.
first to arrive was my pengapit, najwa. she helped me a lot! she did the critics and ideas. *thanks dear* then followed by lenot and asil. not to forget my utp friends - cydee, anis, sya and pija. ;) *thanks a lot*  kawan-kawan ofis ramai yang datang! alhamdullilah. nima dan hubby bekerja di tempat yang sama. :)

hubby to be (time tu) duduk di rumah mak ngah to prepare themselves.  sebab hari jumaat kan, KL is very unpredictable. kalau tak jam takpe.tapi kalau jam, and lambat..naya je..disebabkan rumah mak ngah dah dekat, so i'm not so worried. 
azan isyak berkumandang, yes i know the time is near! time tu dah siap pakai baju, shawl and veil.



detik-detik pernikahan..
to be continued..