Showing posts with label steps. Show all posts
Showing posts with label steps. Show all posts

Monday, December 6, 2010

dah boleh kahwin dah!

hye!
dah boleh kahwin dah! yeay! finally all the borang dah selamat disi, dihantar dan disahkan. suka setelkan secepat yang boleh. tinggal nak tunggu kad jemputan untuk attach sekali dengan borang yang nak hantar kat tok imam in case dia terlupa..tapi bilal kat my kawasan dah cakap kat tok imam tu, that akad nikah will be after isyak. InsyaAllah. mudah-mudahan Allah permudahkan segalanya! Amin.


Langkah-langkah untuk proses borang-borang nie.. (untuk perempuan dulu kawasan Selangor)


First sekali, kena pergi kursus kahwin dulu. Belajar apa-apa yang patut dan faham prosedur perkahwinan.


Second, amik borang 2C permohanan kebenaran berkahwin dekat pejabat agama berdekatan yang berada dalam kawasan akad nikah akan dijalankan. misalnya, kalau macam nima, akad nikah dekat rumah, so nima kena amik borang dekat kawasan gombak.takpun kalau malas nak g pejabat agama boleh download dekat sini. borang nie diberi percuma.plus kalau kata ada pertukaran alamat yang lain dari dalam IC, kena amik borang tukar alamat tau. lagi satu borang untuk perempuan ialah borang 2D surat persetujuan wali.


Third, buat HIV test dekat klinik kesihatan kerajaan. Bayar sorang RM 1 tau and sila bawa IC ;)

Forth, isi borang tu, tengok dokumen apa yang derang perlukan.kat bawah nie, nima listkan all the required documents

  • salinan kad pengenalan korang yang nak kahwin.
  • salinan kad pengenalan wali 
  • sijil pra perkahwinan (kursus kahwin) asal dan salinan 
  • HIV result
  • surat pengesahan mastautin (nie kalau alamat lain dari dalam IC)
  • surat kebenaran berkahwin dari pihak lelaki (macam nima, en. tunang buat surat pengesahan mastautin dekat my area juga, so nima hantar borang sekali dengan dia punya dekat pejabat agama gombak dan dapat sekali dua-dua surat kebenaran berkahwin)
  • surat nikah ibu bapa (kalau anak perempuan yang sulung yang berkahwin ataupun wali adalah abang lelaki yang sulung)
  • surat wakalah (kalau wali tak dapat hadir)
  • surat sumpah kematian wali (ayah)
Fifth, bila borang dah isi complete, sekali dengan details 2 orang saksi, bawa all the relevant borang dan dokumen jumpa penolong pendaftar nikah (PPN) dekat your area untuk dapatkan sokongan and sign dia. Macam nima, alhamdullilah, bilal dekat surau rumah yang uruskan semua nie. alhamdullilah, ada orang nak tolong.

Sixth, bila dah dapat sign suma, bawa borang nie balik ke pejabat agama tu, sila bayar wang proses, RM 10 untuk satu borang. kalau dua borang (lelaki dan perempuan, kira RM 20) and allow 1 atau 2 hari untuk proses.

Seventh, bila dah dapat balik borang tu yang telah disign oleh pendaftar, dan pejabat agama akan bagi borang 3c kebenaran berkahwin perempuan.sila bawa borang tu kepada penolong pendaftar nikah (PPN) balik sebelum akad nikah dijalankan. 

Tak susah pun. :)

Untuk lelaki kat Selangor nie pulak.

All the steps sama je kecuali step seventh, tapi ada a few documents tambahan yang kena attach.
  • surat akuan bujang from company (tempat lelaki bekerja)
  • salinan kad pengenalan 2 orang saksi.
Kindly be noted that, kalau lelaki dan perempuan lain negeri, pihak lelaki kena settlekan dulu semua borang dekat tempat derang and then baru bagi kat perempuan..

HIV test result valid 3 bulan dan all the borang kebenaran nikah valid 3 bulan jugak.Paling lambat nak hantar borang ialah seminggu sebelum akad nikah dijalankan. Jangan tangguh-tangguh tau! Nampak macam senang, tapi jangan amik mudah ye. Don't take things for granted!

tips: tulis pakai pensel je dulu. then baru pakai pen..takut salah isi nanti. :)