sekadar untuk berkongsi. sekarang nie, banyak sangat samun menyamun..rompak, rogol dan macam-macam lagi. rasa macam dah tak selamat. kita sebagai hambaNya harus berwaspada. ajal maut di tangan Tuhan, tapi kita pun kena usaha. salah satu usaha yang kita boleh buat ialah amalkan ayat kursi sebagai pendinding diri kita. banyak kebaikan ayat qursi yang kita sendiri tak tahu.
klik sini untuk mendengar audio ayat kursi.
Sejarah ayat kursi
Ayat ini diturunkan setelah Hijrah.Semasa penurunannya, ianya
diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliannya.
Syaitan dan Iblis juga gempar kerana adanya satu perintang dlm
perjuangan mereka. Rasulullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid
Tsabit menulis dan menyebarkannya.
1) Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas
sembahyang fardhu,setiap pagi dan petang,setiap kali keluar masuk rumah
atau hendak musafir,Insyaallah akan terpeliharalah dirinya dari godaan
syaitan,kejahatan manusia,binatang buas yang akan memudaratkan dirinya
bahkan keluarga,anak-anak,harta bendanya juga akan terpelihara dengan
izin Allah s.w.t.
2) Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah”, sesiapa yang
mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali, maka akan dibukakan
dadanya dgn berbagai hikmah,dimurahkan rezekinya,dinaikkan darjatnya
dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta
terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
3) Syeikh Abu Abbas ada menerangkan,sesiapa yang membacanya sebanyak
50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya,Insyaallah
Allah akan memncerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima
ilmu pengetahuan.
4) Rasullullah s.a.w bersabda bermaksud:”Sesiapa pulang kerumahnya
serta membaca ayat Kursi,Allah hilangkan segala kefakiran didepan
matanya”.
5) Sabda Baginda lagi:”Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada
pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat,Allah
memeliharanya drp kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar”.
6) Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai Allah dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
7) Mereka yang beramal dengan ayat Kursi akan mendapat pertolongan
serta perlindungan Allah daripada gangguan dan hasutan syaitan.
8) Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah,akan terhindar
daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat
menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
9) Mengamalkan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanan.
10) Ayat Kursi yang dibaca dengan khusyuk,Insyaallah,akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
11) Jika anda berpindah kerumah baru maka pada malam pertama anda
menduduki rumah itu,eloklah anda membaca ayat Kuris 100
kali,insyaallah,mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar dari gangguan
lahir dan batin.
12) Barang siapa yang membaca ayat Kursi apabila berbaring ditempat
tidurnya,Allah akan mewakilkan 2 malaikat memeliharanya hingga subuh.
13) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang
fardhu,ia akan berada dlm lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
14) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang,
tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut,dan barang
siapa membacanya ketika hendak tidur,Allah akan memelihara akan dia
keatas rumahnya,rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
15)Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang
Fardhu,Allah akan menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur
perbuatan2 orang yang benar,pahala nabi2 juga Allah akan melimpahkan
padanya rahmat.
16) Barang siapa yang membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya,maka
Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya,mereka semua memohon
keampunan dan mendoakan baginya.
17) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir sembahyang , Allah
azza wajalla akan mengemdalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti
orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
18) Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika kesempitan,nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.
*jom kita sama-sama baca ayat kursi untuk kesejahteraan bersama*



No comments:
Post a Comment