Thursday, September 8, 2011

detik dia lafazkan "aku terima nikahnya"

continue..

selepas azan isyak berkumandang, tetamu dekat rumah dah ramai! dari luar sampai ke dapur.. alhamdullilah. dekat atas pun dah penuh dengan rakan-rakan. nima dah tak boleh pegang handphone, minta tolong najwa yang jawabkan telefon. hubby to be time tu pun minta kakaknya untuk menelefon.. sedang takut agaknya untuk menghafal nama nima. nama nima susah jugak untuk disebut dengan laju.


kak tie call my handphone dan tanya boleh ke mereka datang sekarang dan tiba-tiba mereka sudah sampai di depan khemah di hujung jalan bersama hantaran. degup semakin kencang. tinggal beberapa minit saja lagi nima akan bergelar isteri.

nima masih berada di bilik ketika rombongan pihak lelaki tiba. bersiap sedia untuk turun ke bawah, menunggu untuk dipanggil. plan asalnya nima akan duduk bersemayam di atas pelamin, tetapi nampaknya tidak kesampaian bila semua ruangan sudah dipenuhi tetamu yang hadir. laluan untuk ke pelamin pun sudah tidak nampak bayangnya. kesudahannya, nima terpaksa duduk di atas bantal sahaja.


dari jauh, nima menjeling ke arah hubby to be, gementar nampaknya. dia juga menjeling ke arah nima. mencari kekuatan agaknya. dalam hati, nima berdoa agar dipermudahkan segalanya.

tok imam pun sudah tiba bersama saksi-saksi.detik itu makin hampir. tok imam memulakan tugas. khutbah nikah di bacakan. ringkas dan padat. tok imam buat lawak sikit untuk hilangkan gemuruh pengantin. muka hubby to be time tu memang dah pucat habis. *lawak je* hanya senyuman hambar je yang mampu hubby to be ukirkan.



wali nima, ayahanda tercinta menggengam erat tangan hubby to be, saatnya telah tiba. mic telah dipasang. bukan pertama kali ayah hendak melepaskan anakanda nya, tapi nima adalah anak perempuan terakhir yang dia terpaksa  lepaskan. tiba-tiba rasa hiba. selepas ini, selepas akad nikah ini, automatik segala tanggungjawab telah beralih kepada suami.

dengan lancar, ayah melafazkan akad nikah.
"aku nikahkan dikau dengan anakku, SHAHRINIMA BINTI MOHD SHARIFUDDIN dengan mas kahwinnya xxx tunai "
akad disambut dengan genggaman oleh hubby to be
"aku terima nikah SHAHRINIMA MOHD SHARIFUDDIN dengan mas kahwinnya xxx tunai:

alhamdullilah dengan sekali lafaz nima telah menjadi milik FAIZUL AKMAR TAJUL AROF. Doa dibaca dan diikuti dengan lafaz taklik. lafaz taklik haruslah didengar dan difahami terutamanya oleh pengantin perempuan kerana ianya merupakan perlindungan untuk pengantin perempuan daripada dianiaya oleh suami sendiri. time nie baru nampak hubby tersenyum lebar..



selepas selesai lafaz taklik dibaca, en hubby menunaikan solat sunat dua rakaat. selepas selesai solat, acara membatalkan air sembahyang. gelang disarungkan ke tangan nima dan sebentuk cincin disarungkan ke tangan en. hubby.




selepas selesai upacara membatalkan air sembahyang, jamuan dihidangkan. kakak nima serta abg ipar tumpang sekali untuk mengadakan akikah untuk anak mereka, muhammad amsyar. berjumpa dengan tetamu yang hadir dan mengucapkan jutaan terima kasih kerna sudi hadir ke majlis pernikahan ini. seronok berjumpa dengan semua orang sampai makan pun tak lalu.



semua tetamu dijemput hadir untuk memeriahkan majlis berinai. hampir semua tetamu sempat menepung tawar kami. thank you so much! ;) nima sangat happy.



semua orang dah balik, baru lah nima dan en hubby dapat makan. kitaorang ambil gambar kat dalam bilik pengantin dan kawan baik en hubby datang untuk menjemput en hubby pulang.

besok kita jumpa lagi ye en hubby...


Wednesday, September 7, 2011

coret di hari pernikahan

continue..

jumaat, 11022011, hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. hari pernikahan ku! majlis pernikahan telah dijadualkan untuk berlangsung selepas isyak.

pagi-pagi, mama sudah sibuk di dapur. masak pulut kuning katanya untuk tetamu yang datang. terima kasih mama. jiran-jiran pun sudah mula menjengah memeriahkan rumah di pagi hari. ada yang menolong mencucuk bungga mangga. mak ngah sekeluarga juga sudah datang untuk membantu apa yang patut.  pada hari ini, nima sudah tidak dibenarkan untuk keluar rumah untuk ke mana-mana. hanya duduk terperap di dalam rumah. basuh pinggan pun tak boleh, dikhuatiri inai akan pudar. *nima yang menurut perintah*

hantaran sudah diatur cantik di tengah rumah. jam menunjukkan pukul 11 pagi, tetapi khemah masih belum di pasang. janjinya pagi. mama dan ayah sudah mula tak keruan. nima called noriah, PIC for aroma catering nak tanya status. akhirnya pukul 12 tengahari mereka pun sampai. di kala nak menunggu khemah dipasang, nima sempat juga membuat kerja ofis! can u imagine? i still with my laptop doing my work! padahal dah cuti, tapi takde person in charge untuk buat that work. ish! *sepatutnya dapat award nie*

sewaktu khemah hendak di pasang, semua kereta jiran yang terdapat di lorong rumah kena dialihkan. so sorry sebab susahkan. jam menunjukkan pukul 1 petang, kesemua pekerja berhenti daripada memasang khemah untuk pergi menunaikan solat jumaat. total khemah yang hendak dipasang adalah sebanyak 10 khemah. 9 khemah arabian dan 1 khemah kecil untuk diletakkan di tepi perkarangan rumah untuk tetamu duduk-duduk lepak. around 3 petang, kesemua pekerja kembali bekerja. khemah didirikan dan underlayer dipasang. underlayer arabian  berwarna cream dan putih menjadi pilihan. simple yet suci. table runner berwarna peach mengikut tema baju pengantin untuk persandingan dihamparkan. satu lorong dipenuhi khemah. berdebar bukan main lagi. kesemua kerusi meja untuk kesembilan khemah telah diatur awal untuk menggelakkan kekalutan pada malam hari dan keesokan harinya. pelamin untuk bersanding juga di bawah khemah bersama meja makan beradab.

khemah di malam hari

jam menunjukkan pukul 6 petang, mama dah suruh nima makan sikit, sebab takut lapar time akad nikah nanti. makan dah tak lalu dah time tu. just jamah sikit. lepas makan, ayah panggil nima duduk kat meja makan dengan dia. ayah pesan suruh baca ayat kursi dan 3 qul untuk mengelakkan sihir dan dari perkara yang tak elok. terkejut dengan pesanan ayah, nima ikutkan. selepas itu, mandi siap-siap dan mencari baju yang sesuai time make up.

*tips: pakai baju butang di depan bagi memudahkan proses menukar pakaian.
*tips: sediakan bantal dan hendaklah duduk di bawah cahaya yang baik
*tips: ambil air sembahyang awal-awal untuk menggelakkan kesukaran ketika sedang make up

the first family to arrive adalah uda dan family. diorang tolong-tolong last minute preparation. time tu, kek hantaran dan buah baru diletakkan di atas dulang. kek hantaran diberi percuma oleh pihak aroma catering. jurukamera dan juruvideo pun dah sampai untuk mula bekerja.

kak diana arrive dalam pukul 645 petang. dah risau actually sebab takut tak sempat. but being professional dia dah tau estimated time.kak diana start menconteng muka dan nima just berehatkan diri.
first to arrive was my pengapit, najwa. she helped me a lot! she did the critics and ideas. *thanks dear* then followed by lenot and asil. not to forget my utp friends - cydee, anis, sya and pija. ;) *thanks a lot*  kawan-kawan ofis ramai yang datang! alhamdullilah. nima dan hubby bekerja di tempat yang sama. :)

hubby to be (time tu) duduk di rumah mak ngah to prepare themselves.  sebab hari jumaat kan, KL is very unpredictable. kalau tak jam takpe.tapi kalau jam, and lambat..naya je..disebabkan rumah mak ngah dah dekat, so i'm not so worried. 
azan isyak berkumandang, yes i know the time is near! time tu dah siap pakai baju, shawl and veil.



detik-detik pernikahan..
to be continued..


coret-coret beberapa hari sebelum hari pernikahan

rasa macam dah lapuk nak bercerita tapi takpela kan cerita jela kan..lagipun memori itu kan sentiasa ada dan sentiasa untuk diingati. ;)

let me start with hari rabu, 09022011, hari nie baru start cuti..hari rabu dah start sibuk..nima pergi rumah fifi untuk ambil dulang hantaran, lepas tu beli 7 jenis bunga nak mandi bunga..nima tak g spa memana pun..just beli aura seri and beli bunga 7 jenis buat mandi..hari nie juga nima baru nak test make up. memang redha je sebab tak tau macamane the outcome. dah janji dengan kak diana pukul 4 petang. tengahari tu semua barang-barang katering sudah sampai..pinggan mangkuk, kerusi makan beradap, kerusi pelamin semua..our jiran dah bagi kebenaran untuk gunakan rumah dia untuk letak perkakas kenduri..pukul 4 petang, kak diana datang, kak diana nie actually ada adik kepada nurin (make up artist rins suzana.) hasil dia tebal sikit, tapi actually bila baru je habis make up memang muka nampak macam pelik, tapi dah lama dia akan serasi dengan muka. ;)

finished make up lebih kurang pukul 6 petang, then time tu pelamin pun dah start pasang. pelamin nima memang dah dalam package with catering. as yang korang tau, nima amik aroma catering as my wedding caterer. mini pelamin nima simple je..

 mini pelamin. my favourite colour ;)

around 7 petang, semua dah settle. alhamdullilah..malam tu, cydee datang with adibah..adibah tak boleh datang to my wedding, so dia datang awal hantar wedding present berserta kad dan nama di dalamnya.. thanks korang!

khamis, 10022011, keadaan masih terkawal. mama rebus telur and nima masuk and ikatkan dekat bunga pahar..
*tips: kalau nak telur tahan lama, better kukus telur tu..dia tahan lagi lama compare to rebus. 
*tips: untuk bunga pahar tu nampak cantik. hujung telur yang runcing tu biarkan ke bawah. baru dia nampak cantik ;)

petang tu, nima siap-siapkan bilik pengantin.semua nima hias sendiri mengikut cita rasa sendiri. hasilnya..

 very romantik gitu :)

 di tepi katil

 hasil tangan sendiri

 di suatu sudut

family

selepas selesai berkemas, malam itu, malam berinai kecil. my cousin and aunty and not to forget cydee tolong datang pakaikan inai. i really appreciate it so much! lama sungguh tak pakai inai..kalau tak, time belajar, memang suka pakai inai..kawan-kawan mama pun datang tolong memeriahkan majlis. ;) thanks aunties. 

after semua dah pulang, inai yang dipakai tak berapa terang, so i decided untuk pakai inai tube mekah yang memang merah menyala.. siap cover plastik lagi.. ;) and hasilnya..

 inai di jari

malam tu tidur tak berapa lena, because asyik berfikir apa la nak jadi hari besok..cuaks!

jumaat, 11022011.. hari yang ditunggu-tunggu..

Friday, August 26, 2011

terjadi jua..

The most unwanted thing yang nima tak mahu terjadi..terjadi jua..ingatkan nima boleh menarik nafas lega bila hari ini dah hari jumaat..tapi rupanya tidak..hubby terpaksa juga ke offshore sabtu ini..yup 27hb,3 hari sebelum raya dan besar kemungkinan akan balik pada hari isnin,itu pun bergantung kepada chopper..kalau chopper ada,besar kemungkinan akan balik by isnin kalau tak maknanya nima kena beraya sorang-sorang..

Kita hanya mampu merancang Tuhan penentu segalanya.

Can you imagine apa perasaan nima sekarang?

Thursday, August 25, 2011

berasap

kita hanya merancang, tetapi Allah yang menentukan..He is The Great Planner. it's happened to me yesterday. sepatutnya, nima should berbuka puasa with the pomps which is my besties at Fullhouse (jalan yap kwan seng)  but tak jadi..

apa yang membuatkan plan tu tak jadi..

kereta iswara nima berasap on my way to iftar.  my hubby just fetched me and baru je nak masuk terowong dekat jalan tun razak tu, tetiba nima nampak boot kereta berasap. nima ingat tak betul..bila dah tengok betul-betul, yes, it's true kereta berasap. starting for driver side sampai ke passenger side. cuak gila time tu..nima minta hubby stop and bagi emergency light, tapi dia berhenti at AKLEH which is dalam 2 km lagi..cuak gila, sebab masa tu kereta memang dah berasap..plus jam pulak..haih!  can u imagine? masa tu fikir just takut kereta meletup je. naya je.

luckily, sempat lepaskan tol dato' keramat and berhenti dekat tepi. buka je boot kereta  and see the radiator host is leaking and berasap! terus call ayah tanya what to do, and ayah suruh cari air, bagi temperature turun. tak tau nak cari dekat mana, we just called our insurans agent, which is etiqa to send tow truck to us. after a few clarification, they will send the tow truck within 45 minutes.

sementara menunggu, i bbm-ed fie and lenot to tell them that i could not make it. i called asil also to inform. sedih gila tak dapat join.. :(

while waiting, me and hubby lepak kat tepi jalan..tengok-tengok orang lalu lalang..dalam hati, macam nie rupanya perasaan orang kereta rosak.

around 620 pm, tow truck sampai, and kereta dinaikkan kat belakang..first time naik lori! syok juga..hehe..plus lori tu baru..hehe..selesa ;)

diorang tow kereta sampai rumah dan sampai rumah dalam 645 pm..sempat berbuka kat rumah. :) alhamdullilah..

first experience kereta rosak, first experience duduk tepi jalan kereta rosak, first experience naik tow truck.

yet, pengalaman itu indah kan.

Wednesday, August 24, 2011

raya preparation

another 6 days to go before all muslim celebrate hari raya aidilfitri, hows the preparation?

tahun nie, nima akan celebrate raya dekat kampung hubby dulu dekat baling, kedah. nervous, excited and sedih pun ada..bercampur-campur..nervous takut kena masak kang *ye, ngaku nima tak reti masak, masak air reti la*, excited sebab first raya dengan husband and sedih sebab tak dapat first raya dengan family nima..after 25 years, nima raya with them, akhirnya sampai juga masa nima beraya dengan hubby.

tahun nie, nima tak beli biskut raya pun..sebab dekat office baru nie takde orang jual biskut raya pun..so nima just buat je biskut raya for my family dan family in law.

last weekend, sabtu dan ahad, nima buat biskut samperit, coklat chips and tart nenas! seronok buat biskut nie.tapi penat skit..takpe, lagi berkat kan bagi orang yang kita sayang makan makanan yang kita buat. ;)  biskut yang dibuat dengan kasih sayang tu lagi sedap, kan? cewaahh!

for baju raya pulak, sedar tak sedar nima dah ada 4 pasang baju raya. 2 jubah dan 2 baju kurung pahang. jubah tu satu kain cotton sejuk, sebab nak balik kampung kan, nak selesa. lagi satu jubah warna biru..rasa macam lama tak beli baju warna biru..hehe..*alasan* baju kurung pahang pulak, nima punya satu polkadot and another one baju kotak-kotak macam kain pelekat..i like! ;) hubby tak nak baju raya sebab baju melayu time nikah hari tu dah ada.. ;)

for mama,ayah,mak dan abah, nima belikan jubah seorang sepasang. ;) hopefully diaorang suka. *cuba untuk menjadi anak dan menantu yang baik nie.*

macamane preparation korang?


Tuesday, August 23, 2011

tak jadi

hello ;)

jejari runcing nie baru je mahu menulis tentang my heart melt pasal my hubby tapi tak jadi. terus erase the title. tu yang dari suppose from my heart melt terus tukar tak jadi.

begini cerita nye..

the conversation begins
8.15 am
me: sayang, kalau sayang nak tukar duit raya, just proceed, tak yah tunggu nima. nanti takut duit raya habis..
hubby: tak mau. nak tunggu sayang juga. last year semua buat sendiri, tahun nie nak buat sesama. nie kan first time raya sesama. nak la buat semua sesama
me: ok *hati cair terus bila dengar that statement*

11.40 am
ringtone anuar zain berkumandang
hubby: kat klcc nie.
me: buat ape kat sana?
hubby : tukar duit raya.. *dengan suara tak bersalah*
me: erk??? kata nak tukar sesama..
hubby: dah tadi kata kalau nak tukar duit, tak yah tunggu sayang..
me : ok..bye..

sabar jela kan..terus hati tak cair dah.. :p

Thursday, August 18, 2011

iftar with besties previous company version

I had an iftar yesterday with my besties that we knew since we were at previous company.the relationship is still going strong and we more like kakak and adik..all of us are currently working at different companies.ALL OF US.

I was the last one who reached KLCC eventhough i'm the nearest one.biasa la orang kata..yang dekat tu lagi jauh..najwa has booked san francisco steakhouse as our venue after everyone is agreed..

Lama sungguh tidak berjumpa with them which made the time tu rasa sungguh sekejap.after finished eating, we performed solat and continue our lepaking session at starbucks..

Time is running too fast..tak sedar dah pukul 9 lebih..we have to say goodbye and i sent najwa to bukit bintang monorail untuk mengelakkan dia dari tukar banyak train to reached her house..the traffic is jammed during that time.i myself do not believe that..

I have good time and kita kena jumpa lagi!

*cant wait to see the pomps pulak*
*geng geng utp ramai tengah pregnant, tunggu raya nanti kita makan sama-sama*

Sunday, August 14, 2011

alone

i'm alone again after 3 weeks with my hubby..he's going back to offshore not sure until when. i pray semoga dia sempat balik before raya. first time raya as husband and wife. really hope he will back before aidilfitri.

it's not easy to wed with oil and gas people. you have to sacrifice a lot especially time. with unpredictable schedule..it's not easy to plan everything..hubby requested me to cook for him nasi goreng and telur mata as his sahur tonight..hopefully, dia sempat makan.

tomorrow i have to go to work driving alone. for two weeks starting at the new place, he's the one who send me to the office everyday without fail eventhough he has to come late to his office. thanks sayang. *really appreciate*

i believe everything happens must be a  good reason behind it and insyaAllah He wants to give us a rainbow..amin..



Friday, August 12, 2011

premium beautiful

I am letting go the balance of my selling pb with harga yang sukar dipercayai! only 6 sets left :)

Email me now!
Niema_sifiana@yahoo.com

Thursday, August 11, 2011

selamat berbuka

Beberapa minit je lagi dah nak berbuka..hari nie berbuka dekat luar berdua-duaan sebelum en hubby ke offshore besok malam..*sedih ditinggalkan namun redha*

Selamat berbuka!

testing

Testing updating blog via iphone :)

bersawang

aaauuucccuuummm...berhabuk,bersawang sudah blog nie..so sorry..ambil masa untuk mendatangkan kembali mood untuk menulis selepas 6 bulan berkahwin. hakikatnya, amat rindu untuk menulis tetapi apakan daya..*alasan je semua tu*

how are you? dah puasa yang kesebelas kan. alhamdullilah, kita masih bernafas :)

soalan favourite kepada orang yang ala-ala baru berkahwin is "dah berisi ke?" reading and browsing through many blogs yang kahwin dekat-dekat my date ramai dah berisi..but not for me yet..we are not planning but rezeki untuk mendapat anak belum datang lagi.. tapi doakan nanti nima dapat baby ye kawan-kawan..kita berusaha, tetapi semuanya datang dari Allah..Dia Yang Maha Mengetahui Segalanya.. Dia berikan lebih dekat sini dan Dia tarik sikit di sana. tapi doa tu penting kan...*cuba untuk menjadi positive*

mulai hari nie blog yang dulunya bernama "dark purple shocking pink" akan berubah kepada "ceritera hidup yang indah"

can't wait to story-story in my lovely blog yang telah lama ditinggalkan sampai dah bersawang nie..