Wednesday, September 7, 2011

coret-coret beberapa hari sebelum hari pernikahan

rasa macam dah lapuk nak bercerita tapi takpela kan cerita jela kan..lagipun memori itu kan sentiasa ada dan sentiasa untuk diingati. ;)

let me start with hari rabu, 09022011, hari nie baru start cuti..hari rabu dah start sibuk..nima pergi rumah fifi untuk ambil dulang hantaran, lepas tu beli 7 jenis bunga nak mandi bunga..nima tak g spa memana pun..just beli aura seri and beli bunga 7 jenis buat mandi..hari nie juga nima baru nak test make up. memang redha je sebab tak tau macamane the outcome. dah janji dengan kak diana pukul 4 petang. tengahari tu semua barang-barang katering sudah sampai..pinggan mangkuk, kerusi makan beradap, kerusi pelamin semua..our jiran dah bagi kebenaran untuk gunakan rumah dia untuk letak perkakas kenduri..pukul 4 petang, kak diana datang, kak diana nie actually ada adik kepada nurin (make up artist rins suzana.) hasil dia tebal sikit, tapi actually bila baru je habis make up memang muka nampak macam pelik, tapi dah lama dia akan serasi dengan muka. ;)

finished make up lebih kurang pukul 6 petang, then time tu pelamin pun dah start pasang. pelamin nima memang dah dalam package with catering. as yang korang tau, nima amik aroma catering as my wedding caterer. mini pelamin nima simple je..

 mini pelamin. my favourite colour ;)

around 7 petang, semua dah settle. alhamdullilah..malam tu, cydee datang with adibah..adibah tak boleh datang to my wedding, so dia datang awal hantar wedding present berserta kad dan nama di dalamnya.. thanks korang!

khamis, 10022011, keadaan masih terkawal. mama rebus telur and nima masuk and ikatkan dekat bunga pahar..
*tips: kalau nak telur tahan lama, better kukus telur tu..dia tahan lagi lama compare to rebus. 
*tips: untuk bunga pahar tu nampak cantik. hujung telur yang runcing tu biarkan ke bawah. baru dia nampak cantik ;)

petang tu, nima siap-siapkan bilik pengantin.semua nima hias sendiri mengikut cita rasa sendiri. hasilnya..

 very romantik gitu :)

 di tepi katil

 hasil tangan sendiri

 di suatu sudut

family

selepas selesai berkemas, malam itu, malam berinai kecil. my cousin and aunty and not to forget cydee tolong datang pakaikan inai. i really appreciate it so much! lama sungguh tak pakai inai..kalau tak, time belajar, memang suka pakai inai..kawan-kawan mama pun datang tolong memeriahkan majlis. ;) thanks aunties. 

after semua dah pulang, inai yang dipakai tak berapa terang, so i decided untuk pakai inai tube mekah yang memang merah menyala.. siap cover plastik lagi.. ;) and hasilnya..

 inai di jari

malam tu tidur tak berapa lena, because asyik berfikir apa la nak jadi hari besok..cuaks!

jumaat, 11022011.. hari yang ditunggu-tunggu..

No comments:

Post a Comment