dalam hidup,kita tak boleh nak puaskan hati semua orang. kita tak boleh nak halang apa orang lain rasa pasal kita. kan?
tapi kalau ada yang memandang rendah pada kita, padahal kita tak buat salah pun kat dia, macamane pulak tu. siapa dia untuk pandang rendah pada orang lain. dia pun hanya manusia biasa. segala apa yang dia ada, yang kita semua ada hanyalah pinjaman semata-mata. Allah akan tarik bila-bila masa. tak guna untuk pandang rendah pada orang lain.
walau setinggi mana pun darjat, setinggi mana pun pangkat, semua orang ada hak untuk dihormati. hormat antara satu sama lain amat penting dalam kehidupan harian. jangan harap orang lain akan respect kita kalau kita sendiri tak hormat orang lain. kalau adapun bukan hormat tetapi sebaliknya hanya perasaan takut.
tak guna untuk mencanang keburukan orang lain kerana di situ akan nampak kelemahan kita sendiri. biarkan ia masuk telinga kanan keluar telinga kiri. sebab sekiranya kita ambil port, kita juga yang akan sakit hati. hidup ini terlalu singkat untuk semua ini.
buktikan pada orang yang memandang rendah itu, pada ketika itu dia sangat salah. biarkan dia berfikir dan dia akan malu sendiri. ketika itu,kita merupakan orang yang terakhir yang akan ketawa :)
moral of the story: nima tak kisah
.


No comments:
Post a Comment