Wednesday, September 14, 2011

mampukah

Tuhan tidak akan menguji hambaNya sekiranya Dia tahu hambaNya itu tidak mampu untuk menempuhinya. Setelah 7 bulan berkahwin,adakalanya hati terdetik mampukah diri ini menempuh segala yang mendatang. Hidup sebagai seorang isteri kepada seorang lelaki yang kerap outstation adalah sesuatu yang mencabar terutamanya ke offshore. Mungkin orang lain berbeza pendapat. Terpulang.

Ditambah dengan keadaan line telefon di sana yang tidak menentu dan ada time untuk menelefon. Hampir beratus kali didialnya nombor itu,dan sekiranya dapat berhubung, tak sampai seminit panggilan akan putus. Di cuba lagi dan akhirnya kecewa begitu sahaja. Begitu juga dengan facebook,sekiranya sedang berchat, time tu juga line akan menjadi tak menentu.

Itu tidak masuk,segala yang perlu kita as a wife selesaikan kan di sini. Pokoknya sekiranya sakit pening,harus ditanggung sendiri. Harus belajar berdikari dalam segala aspek.

Hati dan perasaan hendaklah selalu seiring. Fikiran harus menerima segala seadanya. Jadual untuk pulang selalu bertukar-tukar. Tidak pernah balik seperti yang selalu dirancang. Selain daripada itu, selalunya baru duduk dirumah 2 3 hari, kemudian dipanggil semua naik ke offshore. Geram.

Harus banyak bersabar dan bertawakal. Bukan setiap masa perkahwinan itu selalu happy aje. Ada pasang dan surut. Sedangkan lidah lagi tergigit, apakan pula suami isteri.

Berfikiran positif sentiasa dan doakan yang terbaik. Bekerja itu mencari rezeki. InsyaAllah sekiranya kita redha dan terima segalanya dengan hati yang terbuka, Allah sentiasa bersama kita untuk mempermudahkan segalanya.. Amin..

No comments:

Post a Comment