browsing through my old blog baru tadi. yes, nima pernah ada blog starting from 2006 until middle of 2010, but nima decided to block it and only me can read it. too many sweet and bad memories. but,that's life kan. hidup itu indah. ditambah dengan pengalaman yang mendewasakan kita. pahit dan manis tetap akan ditempuhi walau apa pun. tidak semua apa yang kita rancang akan menjadi kenyataan. tuhan itu Maha Mengetahui segalanya. seringkali kita sebagai hambaNya mahu yang terbaik. kita harapkan panas berpanjangan tetapi rupanya hujan di tengah hari. ketika hujan itu la tuhan mahu menduga kita. adalah kita redha dengan segala apa yang berlaku. seringkali kita merungut, mengapa ini yang terjadi. tetapi kita tidak tahu, di sebalik hujan itu, tuhan mahu hadiahkan kita pelangi yakni yang jauh lebih cantik. ada hikmah di atas segala apa yang berlaku.
nima pernah lalui situasi macam nie. nima belajar di universiti teknologi petronas dan nima adalah salah satu dari scholar petronas. di tahun akhir pengajian, semua scholar petronas akan ditemuduga untuk mendapat tempat di petronas. 3 stage interview itu, dan alhamdullilah nima adalah salah satu yang direkemen untuk masuk ke petronas. tetapi di dalam perjanjian petronas, sekiranya selama 6 bulan selepas mendapat keputusan interview, masih tidak menerima tawaran kerja di petronas. scholar petronas itu akan dilepaskan. tetapi jangan salah anggap ye, dilepaskan itu tidak bermakna tidak perlu membayar balik pinjaman. scholar itu akan automatik ditukarkan kepada pinjaman. itu telah ditulis dalam perjanjian.
selepas 4 bulan menganggur, dan tiada khabar berita dari petronas mengenai tawaran kerja, nima pun mengambil keputusan untuk bekerja di syarikat oil and gas yang lain. dan akhirnya nima ditawarkan untuk bekerja di tanjung csi (subsidiary tanjung offshore). ketika itu, terasa diri ini sangat kecil berbanding orang lain. ramai rakan-rakan seperjuangan ketika di universiti telah ditawarkan bekerja dengan petronas.tetapi mengapa tidak aku. persoalan ini selalu bermain di kepala.
setelah setahun, tiada sebarang khabar berita dari petronas, dan nima terus bekerja di tanjung csi. tanpa disangka-sangka, ketika bekerja di sini, nima bertemu dan berjumpa dengan en. hubby. kitaorang bekerja di satu company yang sama. berkawan, berdating, bertunang dan akhirnya kitaorang berkahwin. itu dinamakan jodoh dan hikmah yang berlaku disebaliknya.
ye, bertemu dan berkahwin dengan en.hubby adalah pelangi nima..:)
alhamdullilah, ku bersyukur kepadamu Ya Allah..kerana Engkau Maha Mengetahui segalaNya..


No comments:
Post a Comment