Wednesday, September 14, 2011

satu hari sebelum raya

en.hubby berjaya untuk pulang beraya. alhamdullilah. walaupun hari ahad malam baru sampai ke rumah dan isnin pagi sudah bertolak pulang ke baling, kedah. kesemua kelengkapan, baju raya, biskut raya, duit raya nima dah prepare awal-awal. sebab en.hubby dah bagitau awal-awal nak bertolak pagi. baju raya nima dah iron siap-siap supaya senang.

selepas sahur dan solat subuh, kitaorang bertolak. bertolak pagi masih terasa segar. perjalanan lancar. sampai kat jawi, en. hubby dah nampak mengantuknya. nima nak offer untuk drive pun tak boleh. sebab nima pun rasa mengantuk. last-last kitaorang berhenti kat perhentian sebelah untuk tidur. sejam juga berhenti. tak tertahan mata nak menahan mengantuk.

selepas 5 jam perjalanan, alhamdullilah sampai di baling dalam 11.45 pagi.penat terasa. tapi tak sedap sampai-sampai aje terus nak berehat. MIL baru nak start buat ketupat palas. orang utara memang makan ketupat palas (ketupat pulut) nima tak reti balut, sebab kalau balut pun mesti tok kata tak jadi. cuba tidak duduk saje, nima memotong dan membersihkan cili kering untuk dibuat rendang.

selesai part cili, nima tolong ikatkan penyudah ketupat palas. dipotong bagi pendek sebelum direbus. selepas itu, nima tolong en. hubby memotong daging untuk dibuat rendang. time tu dah hampir pukul 3.00 petang. masuk untuk mandi dan solat, dan kemudian tolong masakkan rendang. tolong kacau je to be exact.

lepas tu en.hubby ajak g bazaar ramadhan. en hubby memang tak sah kalau satu hari dia tak pergi bazaar ramadhan. dari puasa pertama sampai la terakhir. memang diajak pergi bazaar ramadhan. suasana di bazaar kat baling nie lain. kuih muih still lagi 4 seringgit. beza sungguh kalau nak compare dengan KL.

sampai di rumah, almost time untuk berbuka. siapkan juadah berbuka. selepas solat, misi mengisi kuih raya dan kacang ke dalam balang dijalankan. en.hubby pun tolong letak sekali kuih ke dalam balang. kalau tak, raya tahun lepas hanya mengadap tv dan mengadap bantal. *alhamdullilah banyak perubahan selepas berkahwin*

besok raya!

No comments:

Post a Comment